CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 February 2014

bila hati bermonolog



Assalamualaikum..

Hai..
This entry adalah entry hati aku melafaskan ape yang aku rasa…
Xde kene mengena dgn sesiapa kecuali diri aku sendiri..
Da Februari da pon … my first entry for this new year..
Huhaaa..

Aku masih warda yang lama..
Penuh dengan kejahilan, cuba untuk berubah tapi xpandai nk istiqomah..
Berangan angan untuk berubah tapi malas untuk melaksanakan..
Adakah aku akan berjaya sekiranya aku masih bersikap malas sebegini?

23 tahun??
Usia..
Semakin lanjut..
Jodoh itu ku cari tapi amalan wajib itu terkadang aku leka dan melewat2kan dalam menunaikan nya..
Sedarkah mati tidak pernah dilewat2kan sekiranya sudah tiba masanya…
Sempatkah aku bertaubat sekiranya malaikat dtg menjemput ku??
Dosa ku lakukan hari demi hari..
Kecik atau besar tahukah aku menilai??
Pintu taubat yang terbuka aku Nampak x?
Sempat ke aku nak bertabuat ni dengan dosa yang berkepok2 bertimbun2 yang ku lakukan setiap hari ni??

Hari demi hari…
Dosa yang ku lakukan baik secara sdar atau x…
Ada uasaha x untuk aku bertaubat dan berubah??
Ikhlas ke aku dlam taubat tu nnti..
Istiqomah x aku nnti dalam berubah??
Ape yang aku mahukan dalam idup ni??

It’s just a questionnaire buat hati aku yang dah kotor…
Selalu mohon yang terbaik tp xcuba baiki diri pon..
Aku yang mensia siakan hidup aku sendiri..
Dosa yang ku lakukan sekarang ditanggung oleh bapa aku..
Nak ke aku dera dia nnti ble di sana nnti??
Lpas tu kalau xreti nk berubah pjg umur ade suami transfer plak dosa2 tu kat suami??
Kejam nye aku…

Jgn harap aku akn dpt2 ape yang terbaik kalau masih xsedar diri..
Allah da ckup baik tutup semua aib aku..
Aku pun jgn la nk gatal2 buka aib org..
Apa aku ni hbat sgt ke nk susahkan hidup org??
Dasar xsedar diri…

Bagun la bertaubat wardatul Fatimah.. selagi masih sempat selagi masih diberi peluang..
Jgn salah kan org lain..
Tanya iman dlm hati cukup taqwa x aku?? Cukup x amalan aku untuk bklan d akhirat nnti??
Allah terima x amalan aku kat dunia ni yang lebih dosa dari kebaikan??
Solat yang aku dirikan tu ikhlas ke atau sekadar ingin menunjuk2 dan cukupkan syarat sebagai Islam je?

#akujahil

25 November 2013

10 Perkara Mengenai Doraemon Yang Tidak Diketahui Umum..

Mari baca ni 10 perkara mengenai doraemon yang tidak diketahui umum, dikongsikan dalam komik Kreko


1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

p/s: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2D Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.