terdetik untuk berkongsi kepada semua kerana kebaikan yang dilakukan..
masih ada lagi kah yang sanggup lakukan seperti yang dia lakukan..??
namun Allah lebih menyayangi dia...
so.. i found this... kat fesbuk... jum baca sama2..
Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.
Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat
siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn
pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau
di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn
sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira
ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan
shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia
agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat
yg x trsusun.
Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun
smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana
apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami
pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar
kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d
Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya
beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic
ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh
student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila
prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan
beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa
dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki,
knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu.
lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak
control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam
beliau.
Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan
akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp
skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa.
Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm
situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg
cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu
kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d
Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau
ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.
Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau
org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan
hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung
tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar
biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt
brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse
kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy
cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau
Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org
umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih
Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga
kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau
dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau
masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d
biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur,
beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat
mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat
krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan
menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang
mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM),
beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2
sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad
student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.
Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama
sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami
dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg
lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan
Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var
Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd
setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk
kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat
skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl
gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd
petugas2 muzium trangkn pd kami.
Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau
smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti
Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria
tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn
beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah
beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi.
Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa
mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad
hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau
mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg
adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm
tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d
Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu
boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk
syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan
wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk
syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak
ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat,
kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr
Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd
kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt
brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau
pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!
Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy
pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana
mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh.
Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg
skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm
tu".
Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm
satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri
pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula,
sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti
sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna
bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar
Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut
seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah
boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr
biasa.
HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan
perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy
anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi
meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d
jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar
sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju
mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d
airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat
wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal
dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga).
Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah
dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau
time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk
kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.
Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir.
Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya
sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk
brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan
Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan
tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta
para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn
krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika
itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian
masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas
(x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat
Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah
Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy
sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan
beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah
selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum
"nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy
lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau
mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah.
SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup
tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org
itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah
pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ
tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat
merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut
kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni,
mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."
Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah
ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2
mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd
sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu,
nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih
var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya
wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara
kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk
mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah
pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki
dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video
ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy
pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni
çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE
tak dpt digambarkan dengan kata2, rasa perasaan selepas membaca artikel ini...
moga beliau ditempatkan dlm kalagan org2 yg beriman...
in sha Allah..


0 comments:
Post a Comment